Tuesday 19 February 2013

Air Mata Gaza.


Bismillahirrahmanirrahim…

Masih ingat pada Awal Muharram 1434M (pertengahan November 2012) yang lalu, dunia SEKALI LAGI digegarkan dengan kekejaman manusia yang tidak bertamadun. Siapa?

Itulah ISRAEL LAKNATULLAH.

Apa yang Israel ni dah buat pada umat Islam di Palestin?

Semasa operasi kejam rejim Israel pada masa tu, mereka telah membunuh ramai penduduk Palestin yang tidak berdosa. (Masa ni, ramai yang berkobar-kobar semangatnya dan ade yang sanggup ke Palestin untuk sama-sama berjihad di jalan Allah).

Kezaliman dan keganasan Israel ini telah berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun, dan kita sudah menyaksikan banyak isu-isu kemanusiaan yang menyayat hati. Mereka ni adalah manusia yang kering hatinya, tak ada belas kasihan langsung! Mereka membunuh sesiapa sahaja yang boleh, tak kira lah bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita hatta orang tua sekalipun. Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Jom kita baca terjemahan ayat 155 dalam surah An-Nisa’, di mana kekejaman seumpama ini pernah dirakamkan oleh Allah swt dalam ayat ini.

“MAKA DENGAN SEBAB MEREKA MENCABULI PERJANJIAN SETIA MEREKA DAN MEREKA KUFUR AKAN AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH DAN MEREKA MEMBUNUH NABI-NABI DENGAN TIADA SUATU ALASAN YANG BENAR DAN MEREKA BERKATA: HATI KAMI TERTUTUP. BAHKAN ALLAH TELAH MEMATERAI HATI MEREKA DISEBABKAN KEKUFURAN MEREKA. OLEH ITU, MEREKA TIDAK BERIMAN KECUALI SEDIKIT SAHAJA DI ANTARANYA.”

Mengapa bangsa Yahudi ni berterus-terusan mengganas dan kejam?

Yahudi Israel ni sebenarnya terlalu taksub dengan bangsanya. Diorang rasa diorang ni adalah bangsa pilihan Tuhan, dan bangsa yang disayangi Tuhan. Diorang ni bongkak. Lebih-lebih lagi Israel mendapat sokongan penuh daripada negara kuasa besar dan beberapa buah Negara Eropah serta negara-negara Islam yang bersekongkol dengan mereka.

Kejam sangat ke Israel ni? Ada bukti ke?

Bukti? Banyak dalam internet. You can Google it. Youtube juga banyak video yang memaparkan kekejaman Yahudi ni. Sejarah perampasan bumi Palestin oleh Israel juga terang-terang menceritakan kekejaman Israel ni. Seorang Sheikh Al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ni sebagai penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya.

Kenal Ariel Sharon? Dia ni adalah Perdana Menteri Israel yang ke-11.

Pada tahun 1956, yahudi laknatullah ini telah memberikan ucapan dan dalam ucapannya, Yahudi ini telah bersumpah. Apa sumpahnya?


Daripada ucapannya ini, now kita tahu kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Lihat lah, betapa kurang ajarnya Yahudi Laknatullah ni!

Golongan Yahudi ni bukan sahaja mahu menguasai Palestin, malah berangan-angan untuk menakluki Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

Lihat makna surah Al-Maidah ayat 78 ni.

“ ORANG KAFIR YAHUDI DARI BANI ISRAEL TELAH DILAKNAT (DI DALAM ZABUR DAN INJIL) MELALUI LIDAH NABI DAUD DAN NABI ISA IBNU MARIAM. YANG DEMIKIAN ITU DISEBABKAN MEREKA MENDERHAKA DAN MENCEROBOH.”

Jadi apa pengajaran yang sepatutnya kita ambil?

Sangat jelas amat terang lagi nyata di sini yang kita sebagai umat Islam TIDAK BOLEH bergantung kepada simpati dan bantuan dari orang KAFIR. Sebab apa? Sebab dalam surah al-Baqarah ayat 120, Allah berfirman:

”ORG-ORG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK SEKALI-KALI AKAN BERSETUJU ATAU SUKA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) SEHINGGA ENGKAU MENURUT AGAMA MEREKA (YANG TELAH TERPESONG ITU). KATAKANLAH (KEPADA MEREKA): SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH (AGAMA ISLAM) ITULAH PETUNJUK YANG BENAR. DAN DEMI SESUNGGUHNYA JIKA ENGKAU MENURUT KEHENDAK HAWA NAFSU MEREKA SESUDAH DATANGNYA (WAHYU YANG MEMBERI) PENGETAHUAN KEPADAMU (TENTANG KEBENARAN), MAKA TIADALAH ENGKAU AKAN PEROLEH DARI ALLAH (SESUATU PUN)  YANG DAPAT MENGAWAL DAN MEMBERI PERTOLONGAN KEPADAMU”

Nampak tak? Allah Ta’ala sendiri telah beritahu kita bahawa golongan KAFIR tidak sekali-kali ingin melindungi agama Islam dan ummatnya.

So, kita patut buat apa untuk bantu Palestin?

Islam ajar kita yang umat Islam keseluruhannya adalah bersaudara. Kita WAJIB membela saudara seIslam kita. Kita berDOSA sekiranya membiarkan saudara-saudara kita di Palestin dan di mana-mana pun dalam penderitaan. Buat lah sesuatu. Jangan abaikan mereka.

Jika isu Palestin diuraikan, kita kena sedar bahawa kita bukan je wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama kita di Palestin, malah perlu kita ingat, Israel telah menawan MASJID AL-AQSA. Kita WAJIB turut sama mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa kerana ia adalah kiblat pertama umat Islam.

Kesimpulannya?

Jom boikot Israel.
 *kempen ni dah tak berapa meriah dah berbanding semasa Israel tengah bom Palestin ari tu. Dah ramai dah yang pergi makan kat Mc Donald la dll. Masa haritu wall kat facebook penuh dengan boikot itu ini, sekarang wall penuh dengan gambar-gambar makanan yang suatu ketika dulu diboikot. Patut ke tak patut?

Jom hulurkan bantuan kewangan dan derma kepada Palestin.
*banyak badan-badan yang telah ditubuhkan untuk mengumpul derma dan bantu Palestin. Contohnya Aman Palestin (fb: Aman Palestin)

Jom teruskan berdakwah.
*tak perlu tunggu kita betul-betul baik baru nak berdakwah. Setiap manusia buat salah dan perlu diberi peluang untuk berubah. Cukup dengan adanya kesedaran. Sebarkanlah dakwah. Bila umat Islam bersatu, orang kafir akan gerun.

Jom berdoa.
*teruskan berdoa agar umat Islam di Palestin dan seluruh dunia dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam mempertahankan bumi Palestin dan bumi suci umat Islam dari keganasan dan pencerobohan Zionis.

Jom solat berjemaah 5 waktu di masjid.
*Yahudi amat takut jika umat Islam bersatu. Definisi bersatu pada mereka mudah sahaja: Apabila umat Islam berjemaah Subuh sama ramainya dengan jemaah solat Jumaat, umat Islam telah bersatu dan sangat kuat.  Bila kita dah capai apa yang ditakuti oleh Yahudi ini, umat Islam akan menang, dan Israel akan kalah. Tapi yang mudah itu lah sebenarnya yang susah kita nak buat. Jom berjemaah di Masjid, terutamanya waktu Subuh.

Bangsa Israel adalah bangsa yang sangat penakut dan pengecut sebenarnya. Percaya tak?

Jom semak sejarah.

a)  Perang Khaibar (Tahun 7H)
Rasulullah s.a.w memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang telah mengepung mereka selama 10 hari. Tentera Islam diketuai oleh Sayidina Ali Karamallahuwajhah berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah kalah.

b) Perang Arab-Israel (Tahun 1972)
Tentera Mesir telah berjaya mengalahkan tentera Israel dalam bulan Ramadhan pada tahun 1972. Kemenangan tentera Islam ni bukan kerana peralatan senjata dan kekuatan fizikal tetapi dengan kekuatan keimanan dan mereka mendapat pertolongan Allah.

Wallahuaklam.



Saturday 16 February 2013

Taubat Nasuha?


Bismillah…

Hidup kita sebagai manusia dalam dunia ni sentiasa ada ujiannya. Betul tak? Tak seorang pun yang akan terlepas dari ujian Allah Ta’ala. Ada yang berjaya menghadapinya, ada yang mendapat hikmah dan kebaikan dari ujian yang diberikan oleh Allah. Namun, ada juga yang gagal. Ada yang terjerumus ke lembah yang amat digeruni, sehingga ada yang tenggelam dan tak dapat nak selamatkan diri. (Na’uzubillah). Berdoalah, agar kita semua berjaya mendapat kebaikan daripada segala ujian.

Ujian macamana tu? Exam UPSR ke?

Ada bermacam jenis ujian. Ada yang menguji kesabaran kita, dan ada yang melalaikan kita.

Menjadi ketua atau pemimpin adalah ujian. Menjadi orang bawahan juga ujian…
Menjadi kaya adalah ujian. Ditimpa miskin juga ujian…
Menjadi bijak pandai adalah ujian. Tidak bijak pandai juga ujian…
Masa sihat adalah ujian. Masa sakit juga ujian… 
serta bermacam-macam lagi ujian yang Allah beri kepada kita.

Apa yang perlu dilakukan jika kita ditimpa ujian?

Muhasabah diri dan tanamkan sabar. Sentiasalah beringat dan kita kena tahu, sudah menjadi ‘Sunnatullah’ setiap manusia di muka bumi ini tak akan terlepas daripada dosa dan kesalahan. Cuma bezanya, kita ni sedar atau tak yang kita telah melakukan dosa? Kadang-kadang dosa kita dengan Allah, dan kadang-kadang dosa kita dengan sesame manusia.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita gagal dalam menempuhi ujian Allah?

Pernah tak rasa macam seolah-olah kita ni berada dalam lautan dosa yang sangat luas, sampaikan kita tak mampu lagi untuk berenang seorang, bersendirian untuk menyelamatkan diri daripada lemas? Cepat-cepat lah kita kembali kepada Allah. Masa tu, pertolongan dan bantuan Allah yang paling kita perlu. Setuju?

Ok, baca surah Ali-Imran ayat 135:
“ORANG-ORANG YANG APABILA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI, ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI, MEREKA SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON AMPUN AKAN DOSA MEREKA, DAN SEMEMANGNYA TIDAK ADA YANG MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MELAINKAN ALLAH, DAN MEREKA JUGA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN ITU, SEDANG MEREKA MENGETAHUI (AKAN SALAHNYA DAN AKIBATNYA)”

Jadi, apa point yang kita dapat daripada ayat ni? : BERTAUBAT.

Apa TAUBAT tu?

Taubat tu “kembali”. Atau bahasa mudahnye, balik… balik dari mane? Nak balik ke mana?

Kembali itu adalah kembalinya kita dari jalan sesat, menuju ke jalan kebaikan yang ditunjukkan oleh Allah swt.

Kembalilah, atau balik lah ke jalan Allah, dengan bermohon petunjuk daripada Allah. Orang yang telah melaksanakan taubat dengan sebenar-benarnya, yang diikhlaskan sebenar-benarnye sebagai TAUBAT NASUHA, diumpamakan seperti bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya: putih bersih tanpa sebarang noda dan dosa.

Emmmm… TAUBAT NASUHA pulak dah… apekebende tu?

Taubat nasuha itu adalah sebenar-benar taubat. 

Macamana nak bertaubat nasuha?

Sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap Allah swt sahaja, syarat taubatnya ialah:

1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang telah dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya.

Sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesame manusia, syarat taubatnya ialah:

1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang telah dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya. (sama seperti di atas kan, cuma kena tambah satu lagi…)
4. Hendaklah meminta dan mendapatkan kemaafan dari orang yang berkaitan.

Jika tak cukup semua syarat ni, taubat tersebut tidak akan diterima oleh Allah.

Kesimpulannya?

Jom bertaubat sebelum ajal menjelma,
Jom bertaubat sebelum nafas di hujung halkum,
Jom bertaubat sebelum roh dicabut dan diambil Allah.
Jom kita tinggalkan maksiat dan dosa yang selama ini kita buat,
Jom kita menyesali segala maksiat dan dosa kita selama ini,
Jom berazam untuk tidak mengulangi lagi dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan itu.

~sEmOgA kItA tErgOlOnG dAlAm kAlAnGaN hAmBa yAnG kEmBaLi kEpAdA ALLAH.
~sEmOgA kItA bErJaYa bErTaUbAt nAsUhA…
Aamiin…





Wednesday 6 February 2013

KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W DAN HIKMAHNYA.

Bismillahirrahmanirrahim...





Hikmah kelahiran baginda Rasulullah s.a.w tidak menyamai kelahiran sesiapa sahaja dari umat ini. Allah s.w.t dengan rahmat dan 'inayahnya telah menentukan bahawa seorang manusia yang dilahirkan pada bulan Rabi'ul Awwal, di Kota Makkah (Mecca), berbangsa Arab Quraisy, dari keturunan Nabi Ibrahim a.s, bakal menjadi penutup segala nabi dan rasul yang diutuskan Allah s.w.t ke dunia ini.

Kelahiran baginda Rasulullah s.a.w diiringi dengan pelbagai kejadian aneh lagi hebat seperti yang tercatat dalam kitab As-Sirah:

PERTAMA

Bondanya, Siti Aminah melihat cahaya keluar dari tubuhnya lantas menerangi istana-istana Negara Syam.

KEDUA

Api besar yang menjadi sembahan harian kaum Majusi beberapa kurun telah terpadam, dan

KETIGA

Runtuhnya 14 beranda istana maharaja Parsi dll.

Kejadian-kejadian ini adalah permulaan kepada misi kejayaan Agama Allah s.w.t iaitu agama Islam, dalam menghapuskan ajaran syirik dan khurafat yang telah menggelapkan jiwa dan kerohanian umat manusia ketika itu.

Baginda Rasulullah s.a.w telah digelar sebagai Al-Amin, dimana baginda merupakan seorang yang sangat amanah. Sifat amanah yang ada pada diri Nabi s.a.w semenjak kecil lagi, telah menjadikan Baginda s.a.w seorang yang paling dihormati di dalam masyarakat Arab ketika itu, ditambah pula dengan peribadi terpuji dan perangai yang menarik.

"DAN SESUNGGUHNYA KAMU (YAKNI NABI MUHAMMAD S.A.W) MEMPUNYAI PEKERTI YANG SANGAT MULIA." (Surah Al-Qalam: ayat 4)

Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan dalam keadaan yatim, membesar dalam jagaan bonda dan nendanya sebelum kehilangan mereka. Kemudian Baginda s.a.w dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib, yang menyayanginya lebih dari zuriatnya sendiri.

Walaupun kehidupan Rasulullah penuh dengan episod duka dan mencabar, Baginda s.a.w tidak pernah mengalah kepada keadaan yang berlaku. Baginda s.a.w semasa remajanya mengembala kambing dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta berdikari mencari rezeki.

Kesungguhan Rasulullah s.a.w patut dijadikan iktibar dan pedoman, contoh dan tauladan kepada semua dalam menjalani kehidupan duniawi tanpa mengalah kepada segala rintangan dan cabaran yang berlaku.

"TELAH DATANG KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARI GOLONGAN KAMU SENDIRI, YANG MENJADI SANGAT BERAT KEPADANYA SEBARANG KESUSAHAN YANG DITANGGUNG OLEH KAMU, YANG SANGAT INGINKAN KEBAIKAN BAGI KAMU, DAN DIA PULA MENUMPAHKAN PERASAAN BELAS SERTA KASIH SAYANGNYA KEPADA ORANG YANG BERIMAN. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERPALING INGKAR, MAKA KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD: CUKUPLAH BAGIKU ALLAH (YANG MENOLONG DAN MEMELIHARAKU), TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MEKAINKAN DIA, KEPADANYA AKU BERSERAH DIRI, DAN DIALAH TUHAN YANG MEMILIKI ARASY YANG BESAR." (Surah At-Taubah: 128-129)

Saturday 2 February 2013

Khurafat dan Akibatnya.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat yang Maha Pencipta kerana mencipta kita sebagai makhluk istimewa. Istimewa yang bagaimana tu? Kita sebagai manusia adalah ciptaan yang paling elok dan Allah s.w.t melebihkan kita daripada makhluk-makhluknya yang lain dengan kurniaan AKAL.

          Oleh itu, kita janganlah mensia-siakan nikmat akal/minda dengan merekacipta sesuatu mitos atau kepercayaan yang bercanggah dengan akidah.

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca berkenaan topik ini apabila melihat dan mendengar tentang beberapa perkara dan kepercayaan turun temurun yang masih dipegang oleh segolongan kecil masyarakat kita. Contohnya: Ambil gambar bertiga tidak dibolehkan kerana akibatnya salah seorang yang bergambar akan meninggal dunia. Agak kelakar bunyinya kan… Saya juga pernah mahu mengambil gambar bertiga bersama rakan karib semasa zaman persekolahan dahulu. Oleh kerana kepercayaan ini, sahabat karib saya enggan bergambar. Dan akibatnya? Saya dan sahabat saya itu bertelagah. Pengakhirannya, kami tidak pernah muncul bertiga dalam satu gambar.

Itu adalah salah satu contoh. Bagaimana pula kita dalam hal-hal yang lain? Orang Melayu (sebilangannya) amat mempercayai dan bergantung kepada bomoh atau dukun. Musibah dan dugaan yang diturunkan oleh Allah swt adalah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Sekiranya kita sabar, amat besar ganjarannya di sana nanti. Tetapi, apa pula yang berlaku apabila dugaan tersebut dapat ditempuh dan dilalui? Bukannya mengucap syukur Alhamdulillah (berterima kasih pada Allah), tapi malangnya mereka menguwar-warkan kepandaian dukun dan bomoh-bomoh tertentu dengan menyatakan kebolehan dan kepandaian mereka untuk menyembuhkan penyakit. Ingatlah, yang memberi ujian itu adalah Allah swt, yang menyembuhkan juga adalah Allah Azza Wajalla.

“Dan jika Allah menimpakan engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri. Dan jika ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah Al-An’am, ayat 17

          Semasa Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi Rasul, masyarakat Arab pada ketika itu berada dalam suasana khurafat, dilanda kesesatan serta diselimuti dengan prasangka buruk dan pemikiran yang bukan-bukan.

Berhati-hatilah, khurafat dan pemikiran yang negatif yang penuh dengan khayalan boleh menghancurkan sendi-sendi akidah dan mendedahkan manusia kepada kehidupan yang mundur, kaku dan terperangkap dalam kepercayaan karut. (Pesanan ini dikongsi untuk mengingatkan saya sendiri serta para pembaca).

          Oleh kerana unsur-unsur khurafat ini telah disogokkan oleh golongan yang lebih tua dan berpengalaman, golongan muda ada yang akur serta menerima dan berpegang secara membuta tuli. Apabila budaya-budaya khurafat ini bertapak dalam sanubari dan disogokkan oleh golongan yang berkuasa dan penuh degan sifat-sifat ego, maka golongan akar umbi terpaksa akur serta menerimanya menjadi sebahagian daripada cara hidup.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 21:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: Bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati dari datuk nenek kami. Patutkah begitu? Sekalipun syaitan mengajak mereka kedalam azab api neraka yang marak menjulang?”

                    Bagaimana pula dengan kepercayaan lain yang popular dalam masyarat Melayu yang beragama Islam kini? Ada yang percaya kepada kuasa penunggu, kepercayaan kepada tuah disebabkan oleh burung tertentu, permata cincin, objek-objek misteri, angka-angka bertuah, ada yang berprasangka buruk kepada orang yang kononnya membawa sial dan sukar mendapat rezeki.

                   Islam adalah agama yang mendukung ajaran-ajaran murni, serta syariat yang mampu membawa manusia kepada peradaban dan tamadun yang tinggi serta berupaya melahirkan masyarat yang bermoral, penyayang dan sentiasa berfikiran positif.

            Islam menentang kebatilan, syirik, khurafat dan pemikiran negatif. Islam didatangkan untuk membersihkan jiwa manusia daripada kesyirikan, riak dan sifat-sifat bongkak yang hanya mahir mempertahankan keegoan dan pengaruh dengan menanamkan prasangka-prasangka buruk.

Marilah kita sebagai umat Islam mengambil iktibar dan tauladan. Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang bertaqwa. 

Allahuaklam.