Hati Kaya Iman Teguh
Wednesday, 20 March 2013
Tuesday, 19 February 2013
Air Mata Gaza.
Bismillahirrahmanirrahim…
Masih ingat pada Awal Muharram 1434M (pertengahan November
2012) yang lalu, dunia SEKALI LAGI digegarkan dengan kekejaman manusia yang
tidak bertamadun. Siapa?
Itulah ISRAEL LAKNATULLAH.
Apa yang Israel ni
dah buat pada umat Islam di Palestin?
Semasa operasi kejam rejim Israel pada masa tu, mereka telah
membunuh ramai penduduk Palestin yang tidak berdosa. (Masa ni, ramai yang
berkobar-kobar semangatnya dan ade yang sanggup ke Palestin untuk sama-sama
berjihad di jalan Allah).
Kezaliman dan keganasan Israel ini telah berlanjutan selama
berpuluh-puluh tahun, dan kita sudah menyaksikan banyak isu-isu kemanusiaan
yang menyayat hati. Mereka ni adalah manusia yang kering hatinya, tak ada belas
kasihan langsung! Mereka membunuh sesiapa sahaja yang boleh, tak kira lah bayi,
kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita hatta orang tua sekalipun. Sangat kejam dan
tidak berperikemanusiaan!
Jom kita baca terjemahan ayat 155 dalam surah An-Nisa’, di
mana kekejaman seumpama ini pernah dirakamkan oleh Allah swt dalam ayat ini.
“MAKA DENGAN SEBAB MEREKA MENCABULI PERJANJIAN SETIA MEREKA
DAN MEREKA KUFUR AKAN AYAT-AYAT KETERANGAN ALLAH DAN MEREKA MEMBUNUH NABI-NABI
DENGAN TIADA SUATU ALASAN YANG BENAR DAN MEREKA BERKATA: HATI KAMI TERTUTUP.
BAHKAN ALLAH TELAH MEMATERAI HATI MEREKA DISEBABKAN KEKUFURAN MEREKA. OLEH ITU,
MEREKA TIDAK BERIMAN KECUALI SEDIKIT SAHAJA DI ANTARANYA.”
Mengapa bangsa Yahudi
ni berterus-terusan mengganas dan kejam?
Yahudi Israel ni sebenarnya terlalu taksub dengan bangsanya.
Diorang rasa diorang ni adalah bangsa pilihan Tuhan, dan bangsa yang disayangi
Tuhan. Diorang ni bongkak. Lebih-lebih lagi Israel mendapat sokongan penuh
daripada negara kuasa besar dan beberapa buah Negara Eropah serta negara-negara
Islam yang bersekongkol dengan mereka.
Kejam sangat ke
Israel ni? Ada bukti ke?
Bukti? Banyak dalam internet. You can Google it. Youtube
juga banyak video yang memaparkan kekejaman Yahudi ni. Sejarah perampasan bumi
Palestin oleh Israel juga terang-terang menceritakan kekejaman Israel ni.
Seorang Sheikh Al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ni sebagai
penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid,
rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya.
Kenal Ariel Sharon? Dia ni adalah Perdana Menteri Israel
yang ke-11.
Pada tahun 1956, yahudi laknatullah ini telah memberikan
ucapan dan dalam ucapannya, Yahudi ini telah bersumpah. Apa sumpahnya?
Daripada ucapannya ini, now kita tahu kenapa Israel sehingga
hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Lihat
lah, betapa kurang ajarnya Yahudi Laknatullah ni!
Golongan Yahudi ni bukan sahaja mahu menguasai Palestin,
malah berangan-angan untuk menakluki Makkah Al-Mukarramah dan Madinah
Al-Munawwarah.
Lihat makna surah Al-Maidah ayat 78 ni.
“ ORANG KAFIR YAHUDI DARI BANI ISRAEL TELAH DILAKNAT (DI
DALAM ZABUR DAN INJIL) MELALUI LIDAH NABI DAUD DAN NABI ISA IBNU MARIAM. YANG
DEMIKIAN ITU DISEBABKAN MEREKA MENDERHAKA DAN MENCEROBOH.”
Jadi apa pengajaran
yang sepatutnya kita ambil?
Sangat jelas amat terang lagi nyata di sini yang kita
sebagai umat Islam TIDAK BOLEH bergantung kepada simpati dan bantuan dari orang
KAFIR. Sebab apa? Sebab dalam surah al-Baqarah ayat 120, Allah berfirman:
”ORG-ORG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK SEKALI-KALI AKAN BERSETUJU
ATAU SUKA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) SEHINGGA ENGKAU MENURUT AGAMA MEREKA (YANG
TELAH TERPESONG ITU). KATAKANLAH (KEPADA MEREKA): SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH
(AGAMA ISLAM) ITULAH PETUNJUK YANG BENAR. DAN DEMI SESUNGGUHNYA JIKA ENGKAU
MENURUT KEHENDAK HAWA NAFSU MEREKA SESUDAH DATANGNYA (WAHYU YANG MEMBERI)
PENGETAHUAN KEPADAMU (TENTANG KEBENARAN), MAKA TIADALAH ENGKAU AKAN PEROLEH
DARI ALLAH (SESUATU PUN) YANG DAPAT
MENGAWAL DAN MEMBERI PERTOLONGAN KEPADAMU”
Nampak tak? Allah Ta’ala sendiri telah beritahu kita bahawa
golongan KAFIR tidak sekali-kali ingin melindungi agama Islam dan ummatnya.
So, kita patut buat
apa untuk bantu Palestin?
Islam ajar kita yang umat Islam keseluruhannya adalah
bersaudara. Kita WAJIB membela saudara seIslam kita. Kita berDOSA sekiranya
membiarkan saudara-saudara kita di Palestin dan di mana-mana pun dalam
penderitaan. Buat lah sesuatu. Jangan abaikan mereka.
Jika isu Palestin diuraikan, kita kena sedar bahawa kita
bukan je wajib membela dan meringankan penderitaan saudara seagama kita di
Palestin, malah perlu kita ingat, Israel telah menawan MASJID AL-AQSA. Kita
WAJIB turut sama mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa kerana ia adalah kiblat
pertama umat Islam.
Kesimpulannya?
Jom boikot Israel.
*kempen ni dah tak
berapa meriah dah berbanding semasa Israel tengah bom Palestin ari tu. Dah
ramai dah yang pergi makan kat Mc Donald la dll. Masa haritu wall kat facebook
penuh dengan boikot itu ini, sekarang wall penuh dengan gambar-gambar makanan
yang suatu ketika dulu diboikot. Patut ke tak patut?
Jom hulurkan bantuan
kewangan dan derma kepada Palestin.
*banyak badan-badan yang telah ditubuhkan untuk mengumpul
derma dan bantu Palestin. Contohnya Aman Palestin (fb: Aman Palestin)
Jom teruskan
berdakwah.
*tak perlu tunggu kita betul-betul baik baru nak berdakwah.
Setiap manusia buat salah dan perlu diberi peluang untuk berubah. Cukup dengan
adanya kesedaran. Sebarkanlah dakwah. Bila umat Islam bersatu, orang kafir akan
gerun.
Jom berdoa.
*teruskan berdoa agar umat Islam di Palestin dan seluruh
dunia dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam mempertahankan bumi Palestin dan
bumi suci umat Islam dari keganasan dan pencerobohan Zionis.
Jom solat berjemaah 5
waktu di masjid.
*Yahudi amat takut jika umat Islam bersatu. Definisi bersatu
pada mereka mudah sahaja: Apabila umat Islam berjemaah Subuh sama ramainya
dengan jemaah solat Jumaat, umat Islam telah bersatu dan sangat kuat. Bila kita dah capai apa yang ditakuti oleh
Yahudi ini, umat Islam akan menang, dan Israel akan kalah. Tapi yang mudah itu
lah sebenarnya yang susah kita nak buat. Jom berjemaah di Masjid, terutamanya
waktu Subuh.
Bangsa Israel adalah
bangsa yang sangat penakut dan pengecut sebenarnya. Percaya tak?
Jom semak sejarah.
a) Perang Khaibar (Tahun 7H)
Rasulullah s.a.w memimpin tentera Islam seramai 1,400 orang
telah mengepung mereka selama 10 hari. Tentera Islam diketuai oleh Sayidina Ali
Karamallahuwajhah berjaya menewaskan pertahanan Yahudi dan mereka menyerah
kalah.
b) Perang Arab-Israel (Tahun 1972)
Tentera Mesir telah berjaya mengalahkan tentera Israel dalam
bulan Ramadhan pada tahun 1972. Kemenangan tentera Islam ni bukan kerana
peralatan senjata dan kekuatan fizikal tetapi dengan kekuatan keimanan dan
mereka mendapat pertolongan Allah.
Wallahuaklam.
Saturday, 16 February 2013
Taubat Nasuha?
Bismillah…
Hidup kita
sebagai manusia dalam dunia ni sentiasa ada ujiannya. Betul tak? Tak seorang
pun yang akan terlepas dari ujian Allah Ta’ala. Ada yang berjaya menghadapinya,
ada yang mendapat hikmah dan kebaikan dari ujian yang diberikan oleh Allah.
Namun, ada juga yang gagal. Ada yang terjerumus ke lembah yang amat digeruni,
sehingga ada yang tenggelam dan tak dapat nak selamatkan diri. (Na’uzubillah).
Berdoalah, agar kita semua berjaya mendapat kebaikan daripada segala ujian.
Ujian macamana tu? Exam UPSR ke?
Ada bermacam
jenis ujian. Ada yang menguji kesabaran kita, dan ada yang melalaikan kita.
Menjadi
ketua atau pemimpin adalah ujian. Menjadi orang bawahan juga ujian…
Menjadi kaya
adalah ujian. Ditimpa miskin juga ujian…
Menjadi
bijak pandai adalah ujian. Tidak bijak pandai juga ujian…
Masa sihat
adalah ujian. Masa sakit juga ujian…
serta bermacam-macam lagi ujian yang Allah
beri kepada kita.
Apa yang perlu dilakukan jika kita
ditimpa ujian?
Muhasabah
diri dan tanamkan sabar. Sentiasalah beringat dan kita kena tahu, sudah menjadi
‘Sunnatullah’ setiap manusia di muka bumi ini tak akan terlepas daripada dosa
dan kesalahan. Cuma bezanya, kita ni sedar atau tak yang kita telah melakukan dosa?
Kadang-kadang dosa kita dengan Allah, dan kadang-kadang dosa kita dengan sesame
manusia.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya
kita gagal dalam menempuhi ujian Allah?
Pernah tak
rasa macam seolah-olah kita ni berada dalam lautan dosa yang sangat luas,
sampaikan kita tak mampu lagi untuk berenang seorang, bersendirian untuk
menyelamatkan diri daripada lemas? Cepat-cepat lah kita kembali kepada Allah.
Masa tu, pertolongan dan bantuan Allah yang paling kita perlu. Setuju?
Ok, baca
surah Ali-Imran ayat 135:
“ORANG-ORANG
YANG APABILA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI, ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI, MEREKA
SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON AMPUN AKAN DOSA MEREKA, DAN
SEMEMANGNYA TIDAK ADA YANG MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MELAINKAN ALLAH, DAN MEREKA
JUGA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN ITU, SEDANG
MEREKA MENGETAHUI (AKAN SALAHNYA DAN AKIBATNYA)”
Jadi, apa
point yang kita dapat daripada ayat ni? : BERTAUBAT.
Apa TAUBAT tu?
Taubat tu “kembali”.
Atau bahasa mudahnye, balik… balik dari mane? Nak balik ke mana?
Kembali itu adalah kembalinya kita dari
jalan sesat, menuju ke jalan kebaikan yang ditunjukkan oleh Allah swt.
Kembalilah,
atau balik lah ke jalan Allah, dengan bermohon petunjuk daripada Allah. Orang yang telah
melaksanakan taubat dengan sebenar-benarnya, yang diikhlaskan sebenar-benarnye
sebagai TAUBAT NASUHA, diumpamakan seperti bayi yang baru dilahirkan dari perut
ibunya: putih bersih tanpa sebarang noda dan dosa.
Emmmm… TAUBAT NASUHA pulak dah…
apekebende tu?
Taubat
nasuha itu adalah sebenar-benar taubat.
Macamana
nak bertaubat nasuha?
Sekiranya
dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap Allah swt sahaja,
syarat taubatnya ialah:
1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang telah
dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan
kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula
perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya.
Sekiranya
dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesame manusia, syarat
taubatnya ialah:
1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang
telah dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan
kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula
perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya. (sama seperti di atas kan, cuma kena
tambah satu lagi…)
4. Hendaklah meminta dan mendapatkan
kemaafan dari orang yang berkaitan.
Jika tak
cukup semua syarat ni, taubat tersebut tidak akan diterima oleh Allah.
Kesimpulannya?
Jom
bertaubat sebelum ajal menjelma,
Jom
bertaubat sebelum nafas di hujung halkum,
Jom
bertaubat sebelum roh dicabut dan diambil Allah.
Jom kita
tinggalkan maksiat dan dosa yang selama ini kita buat,
Jom kita
menyesali segala maksiat dan dosa kita selama ini,
Jom berazam
untuk tidak mengulangi lagi dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan itu.
~sEmOgA kItA
tErgOlOnG dAlAm kAlAnGaN hAmBa yAnG kEmBaLi kEpAdA ALLAH.
~sEmOgA kItA
bErJaYa bErTaUbAt nAsUhA…
Aamiin…
Wednesday, 13 February 2013
Wednesday, 6 February 2013
KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W DAN HIKMAHNYA.
Bismillahirrahmanirrahim...
Hikmah kelahiran baginda Rasulullah s.a.w tidak menyamai kelahiran sesiapa sahaja dari umat ini. Allah s.w.t dengan rahmat dan 'inayahnya telah menentukan bahawa seorang manusia yang dilahirkan pada bulan Rabi'ul Awwal, di Kota Makkah (Mecca), berbangsa Arab Quraisy, dari keturunan Nabi Ibrahim a.s, bakal menjadi penutup segala nabi dan rasul yang diutuskan Allah s.w.t ke dunia ini.
Kelahiran baginda Rasulullah s.a.w diiringi dengan pelbagai kejadian aneh lagi hebat seperti yang tercatat dalam kitab As-Sirah:
PERTAMA
Bondanya, Siti Aminah melihat cahaya keluar dari tubuhnya lantas menerangi istana-istana Negara Syam.
KEDUA
Api besar yang menjadi sembahan harian kaum Majusi beberapa kurun telah terpadam, dan
KETIGA
Runtuhnya 14 beranda istana maharaja Parsi dll.
Kejadian-kejadian ini adalah permulaan kepada misi kejayaan Agama Allah s.w.t iaitu agama Islam, dalam menghapuskan ajaran syirik dan khurafat yang telah menggelapkan jiwa dan kerohanian umat manusia ketika itu.
Baginda Rasulullah s.a.w telah digelar sebagai Al-Amin, dimana baginda merupakan seorang yang sangat amanah. Sifat amanah yang ada pada diri Nabi s.a.w semenjak kecil lagi, telah menjadikan Baginda s.a.w seorang yang paling dihormati di dalam masyarakat Arab ketika itu, ditambah pula dengan peribadi terpuji dan perangai yang menarik.
"DAN SESUNGGUHNYA KAMU (YAKNI NABI MUHAMMAD S.A.W) MEMPUNYAI PEKERTI YANG SANGAT MULIA." (Surah Al-Qalam: ayat 4)
Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan dalam keadaan yatim, membesar dalam jagaan bonda dan nendanya sebelum kehilangan mereka. Kemudian Baginda s.a.w dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib, yang menyayanginya lebih dari zuriatnya sendiri.
Walaupun kehidupan Rasulullah penuh dengan episod duka dan mencabar, Baginda s.a.w tidak pernah mengalah kepada keadaan yang berlaku. Baginda s.a.w semasa remajanya mengembala kambing dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta berdikari mencari rezeki.
Kesungguhan Rasulullah s.a.w patut dijadikan iktibar dan pedoman, contoh dan tauladan kepada semua dalam menjalani kehidupan duniawi tanpa mengalah kepada segala rintangan dan cabaran yang berlaku.
"TELAH DATANG KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARI GOLONGAN KAMU SENDIRI, YANG MENJADI SANGAT BERAT KEPADANYA SEBARANG KESUSAHAN YANG DITANGGUNG OLEH KAMU, YANG SANGAT INGINKAN KEBAIKAN BAGI KAMU, DAN DIA PULA MENUMPAHKAN PERASAAN BELAS SERTA KASIH SAYANGNYA KEPADA ORANG YANG BERIMAN. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERPALING INGKAR, MAKA KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD: CUKUPLAH BAGIKU ALLAH (YANG MENOLONG DAN MEMELIHARAKU), TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MEKAINKAN DIA, KEPADANYA AKU BERSERAH DIRI, DAN DIALAH TUHAN YANG MEMILIKI ARASY YANG BESAR." (Surah At-Taubah: 128-129)
Hikmah kelahiran baginda Rasulullah s.a.w tidak menyamai kelahiran sesiapa sahaja dari umat ini. Allah s.w.t dengan rahmat dan 'inayahnya telah menentukan bahawa seorang manusia yang dilahirkan pada bulan Rabi'ul Awwal, di Kota Makkah (Mecca), berbangsa Arab Quraisy, dari keturunan Nabi Ibrahim a.s, bakal menjadi penutup segala nabi dan rasul yang diutuskan Allah s.w.t ke dunia ini.
Kelahiran baginda Rasulullah s.a.w diiringi dengan pelbagai kejadian aneh lagi hebat seperti yang tercatat dalam kitab As-Sirah:
PERTAMA
Bondanya, Siti Aminah melihat cahaya keluar dari tubuhnya lantas menerangi istana-istana Negara Syam.
KEDUA
Api besar yang menjadi sembahan harian kaum Majusi beberapa kurun telah terpadam, dan
KETIGA
Runtuhnya 14 beranda istana maharaja Parsi dll.
Kejadian-kejadian ini adalah permulaan kepada misi kejayaan Agama Allah s.w.t iaitu agama Islam, dalam menghapuskan ajaran syirik dan khurafat yang telah menggelapkan jiwa dan kerohanian umat manusia ketika itu.
Baginda Rasulullah s.a.w telah digelar sebagai Al-Amin, dimana baginda merupakan seorang yang sangat amanah. Sifat amanah yang ada pada diri Nabi s.a.w semenjak kecil lagi, telah menjadikan Baginda s.a.w seorang yang paling dihormati di dalam masyarakat Arab ketika itu, ditambah pula dengan peribadi terpuji dan perangai yang menarik.
"DAN SESUNGGUHNYA KAMU (YAKNI NABI MUHAMMAD S.A.W) MEMPUNYAI PEKERTI YANG SANGAT MULIA." (Surah Al-Qalam: ayat 4)
Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan dalam keadaan yatim, membesar dalam jagaan bonda dan nendanya sebelum kehilangan mereka. Kemudian Baginda s.a.w dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib, yang menyayanginya lebih dari zuriatnya sendiri.
Walaupun kehidupan Rasulullah penuh dengan episod duka dan mencabar, Baginda s.a.w tidak pernah mengalah kepada keadaan yang berlaku. Baginda s.a.w semasa remajanya mengembala kambing dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta berdikari mencari rezeki.
Kesungguhan Rasulullah s.a.w patut dijadikan iktibar dan pedoman, contoh dan tauladan kepada semua dalam menjalani kehidupan duniawi tanpa mengalah kepada segala rintangan dan cabaran yang berlaku.
"TELAH DATANG KEPADA KAMU SEORANG RASUL DARI GOLONGAN KAMU SENDIRI, YANG MENJADI SANGAT BERAT KEPADANYA SEBARANG KESUSAHAN YANG DITANGGUNG OLEH KAMU, YANG SANGAT INGINKAN KEBAIKAN BAGI KAMU, DAN DIA PULA MENUMPAHKAN PERASAAN BELAS SERTA KASIH SAYANGNYA KEPADA ORANG YANG BERIMAN. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERPALING INGKAR, MAKA KATAKANLAH WAHAI MUHAMMAD: CUKUPLAH BAGIKU ALLAH (YANG MENOLONG DAN MEMELIHARAKU), TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MEKAINKAN DIA, KEPADANYA AKU BERSERAH DIRI, DAN DIALAH TUHAN YANG MEMILIKI ARASY YANG BESAR." (Surah At-Taubah: 128-129)
Saturday, 2 February 2013
Khurafat dan Akibatnya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum…
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat yang Maha Pencipta kerana mencipta kita sebagai makhluk
istimewa. Istimewa yang bagaimana tu? Kita sebagai manusia adalah ciptaan yang
paling elok dan Allah s.w.t melebihkan kita daripada makhluk-makhluknya yang
lain dengan kurniaan AKAL.
Oleh itu, kita janganlah mensia-siakan
nikmat akal/minda dengan merekacipta sesuatu mitos atau kepercayaan yang
bercanggah dengan akidah.
Saya terpanggil untuk berkongsi dengan para pembaca berkenaan
topik ini apabila melihat dan mendengar tentang beberapa perkara dan
kepercayaan turun temurun yang masih dipegang oleh segolongan kecil masyarakat
kita. Contohnya: Ambil gambar bertiga tidak dibolehkan kerana akibatnya salah
seorang yang bergambar akan meninggal dunia. Agak kelakar bunyinya kan… Saya
juga pernah mahu mengambil gambar bertiga bersama rakan karib semasa zaman
persekolahan dahulu. Oleh kerana kepercayaan ini, sahabat karib saya enggan
bergambar. Dan akibatnya? Saya dan sahabat saya itu bertelagah. Pengakhirannya,
kami tidak pernah muncul bertiga dalam satu gambar.
Itu adalah salah satu contoh. Bagaimana pula kita dalam
hal-hal yang lain? Orang Melayu (sebilangannya) amat mempercayai dan bergantung
kepada bomoh atau dukun. Musibah dan dugaan yang diturunkan oleh Allah swt
adalah untuk menguji keimanan hamba-hambaNya. Sekiranya kita sabar, amat besar
ganjarannya di sana nanti. Tetapi, apa pula yang berlaku apabila dugaan tersebut dapat ditempuh dan dilalui? Bukannya mengucap syukur Alhamdulillah (berterima kasih pada Allah), tapi malangnya mereka menguwar-warkan kepandaian
dukun dan bomoh-bomoh tertentu dengan menyatakan kebolehan dan kepandaian mereka untuk
menyembuhkan penyakit. Ingatlah, yang memberi ujian itu adalah Allah swt, yang
menyembuhkan juga adalah Allah Azza Wajalla.
“Dan jika
Allah menimpakan engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang
dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri. Dan jika ia mengenakan
(melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.”
Surah Al-An’am,
ayat 17
Semasa Nabi Muhammad s.a.w dilantik
menjadi Rasul, masyarakat Arab pada ketika itu berada dalam suasana khurafat,
dilanda kesesatan serta diselimuti dengan prasangka buruk dan pemikiran yang
bukan-bukan.
Berhati-hatilah,
khurafat dan pemikiran yang negatif yang penuh dengan khayalan boleh
menghancurkan sendi-sendi akidah dan mendedahkan manusia kepada kehidupan yang
mundur, kaku dan terperangkap dalam kepercayaan karut. (Pesanan ini dikongsi
untuk mengingatkan saya sendiri serta para pembaca).
Oleh kerana unsur-unsur khurafat ini
telah disogokkan oleh golongan yang lebih tua dan berpengalaman, golongan muda
ada yang akur serta menerima dan berpegang secara membuta tuli. Apabila budaya-budaya
khurafat ini bertapak dalam sanubari dan disogokkan oleh golongan yang berkuasa
dan penuh degan sifat-sifat ego, maka golongan akar umbi terpaksa akur serta
menerimanya menjadi sebahagian daripada cara hidup.
Firman Allah
dalam surah Luqman ayat 21:
“Dan apabila
dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Turutlah akan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, mereka menjawab: Bahkan kami hanya menurut apa yang kami dapati
dari datuk nenek kami. Patutkah begitu? Sekalipun syaitan mengajak mereka
kedalam azab api neraka yang marak menjulang?”
Bagaimana
pula dengan kepercayaan lain yang popular dalam masyarat Melayu yang beragama
Islam kini? Ada yang percaya kepada kuasa penunggu, kepercayaan kepada tuah
disebabkan oleh burung tertentu, permata cincin, objek-objek misteri,
angka-angka bertuah, ada yang berprasangka buruk kepada orang yang kononnya
membawa sial dan sukar mendapat rezeki.
Islam adalah
agama yang mendukung ajaran-ajaran murni, serta syariat yang mampu membawa
manusia kepada peradaban dan tamadun yang tinggi serta berupaya melahirkan
masyarat yang bermoral, penyayang dan sentiasa berfikiran positif.
Islam
menentang kebatilan, syirik, khurafat dan pemikiran negatif. Islam didatangkan
untuk membersihkan jiwa manusia daripada kesyirikan, riak dan sifat-sifat
bongkak yang hanya mahir mempertahankan keegoan dan pengaruh dengan menanamkan
prasangka-prasangka buruk.
Marilah kita sebagai umat Islam mengambil iktibar dan tauladan. Semoga kita tergolong dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang bertaqwa.
Allahuaklam.
Subscribe to:
Posts (Atom)