Saturday, 16 February 2013

Taubat Nasuha?


Bismillah…

Hidup kita sebagai manusia dalam dunia ni sentiasa ada ujiannya. Betul tak? Tak seorang pun yang akan terlepas dari ujian Allah Ta’ala. Ada yang berjaya menghadapinya, ada yang mendapat hikmah dan kebaikan dari ujian yang diberikan oleh Allah. Namun, ada juga yang gagal. Ada yang terjerumus ke lembah yang amat digeruni, sehingga ada yang tenggelam dan tak dapat nak selamatkan diri. (Na’uzubillah). Berdoalah, agar kita semua berjaya mendapat kebaikan daripada segala ujian.

Ujian macamana tu? Exam UPSR ke?

Ada bermacam jenis ujian. Ada yang menguji kesabaran kita, dan ada yang melalaikan kita.

Menjadi ketua atau pemimpin adalah ujian. Menjadi orang bawahan juga ujian…
Menjadi kaya adalah ujian. Ditimpa miskin juga ujian…
Menjadi bijak pandai adalah ujian. Tidak bijak pandai juga ujian…
Masa sihat adalah ujian. Masa sakit juga ujian… 
serta bermacam-macam lagi ujian yang Allah beri kepada kita.

Apa yang perlu dilakukan jika kita ditimpa ujian?

Muhasabah diri dan tanamkan sabar. Sentiasalah beringat dan kita kena tahu, sudah menjadi ‘Sunnatullah’ setiap manusia di muka bumi ini tak akan terlepas daripada dosa dan kesalahan. Cuma bezanya, kita ni sedar atau tak yang kita telah melakukan dosa? Kadang-kadang dosa kita dengan Allah, dan kadang-kadang dosa kita dengan sesame manusia.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita gagal dalam menempuhi ujian Allah?

Pernah tak rasa macam seolah-olah kita ni berada dalam lautan dosa yang sangat luas, sampaikan kita tak mampu lagi untuk berenang seorang, bersendirian untuk menyelamatkan diri daripada lemas? Cepat-cepat lah kita kembali kepada Allah. Masa tu, pertolongan dan bantuan Allah yang paling kita perlu. Setuju?

Ok, baca surah Ali-Imran ayat 135:
“ORANG-ORANG YANG APABILA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI, ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI, MEREKA SEGERA BERTAUBAT KEPADA ALLAH LALU MEMOHON AMPUN AKAN DOSA MEREKA, DAN SEMEMANGNYA TIDAK ADA YANG MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA MELAINKAN ALLAH, DAN MEREKA JUGA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJI YANG TELAH MEREKA LAKUKAN ITU, SEDANG MEREKA MENGETAHUI (AKAN SALAHNYA DAN AKIBATNYA)”

Jadi, apa point yang kita dapat daripada ayat ni? : BERTAUBAT.

Apa TAUBAT tu?

Taubat tu “kembali”. Atau bahasa mudahnye, balik… balik dari mane? Nak balik ke mana?

Kembali itu adalah kembalinya kita dari jalan sesat, menuju ke jalan kebaikan yang ditunjukkan oleh Allah swt.

Kembalilah, atau balik lah ke jalan Allah, dengan bermohon petunjuk daripada Allah. Orang yang telah melaksanakan taubat dengan sebenar-benarnya, yang diikhlaskan sebenar-benarnye sebagai TAUBAT NASUHA, diumpamakan seperti bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya: putih bersih tanpa sebarang noda dan dosa.

Emmmm… TAUBAT NASUHA pulak dah… apekebende tu?

Taubat nasuha itu adalah sebenar-benar taubat. 

Macamana nak bertaubat nasuha?

Sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap Allah swt sahaja, syarat taubatnya ialah:

1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang telah dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya.

Sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan oleh seseorang terhadap sesame manusia, syarat taubatnya ialah:

1. Meninggalkan serta-merta maksiat yang telah dilakukan.
2. Menyesal atas dosa maksiat dan kesalahan yang dilakukan.
3. Berjanji untuk tidak melakukan semula perbuatan dosa tersebut untuk selama-lamanya. (sama seperti di atas kan, cuma kena tambah satu lagi…)
4. Hendaklah meminta dan mendapatkan kemaafan dari orang yang berkaitan.

Jika tak cukup semua syarat ni, taubat tersebut tidak akan diterima oleh Allah.

Kesimpulannya?

Jom bertaubat sebelum ajal menjelma,
Jom bertaubat sebelum nafas di hujung halkum,
Jom bertaubat sebelum roh dicabut dan diambil Allah.
Jom kita tinggalkan maksiat dan dosa yang selama ini kita buat,
Jom kita menyesali segala maksiat dan dosa kita selama ini,
Jom berazam untuk tidak mengulangi lagi dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan itu.

~sEmOgA kItA tErgOlOnG dAlAm kAlAnGaN hAmBa yAnG kEmBaLi kEpAdA ALLAH.
~sEmOgA kItA bErJaYa bErTaUbAt nAsUhA…
Aamiin…





No comments: